Mengakui wujud perasaan malu kerana Barisan Nasional (BN) menjadi parti pembangkang di Selangor, Datuk Seri Najib Razak mahu Umno Selangor mempertingkatkan usaha merampas semula kuasa di negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR).

Presiden Umno itu berkata, sekarang masa yang sesuai untuk Umno dan BN Selangor mengambil kesempatan masalah yang dihadapi PR baru-baru ini yang menunjukkan kelemahan mereka semasa berdepan kemelut menteri besar Selangor.

“Saya rasa sangat letih dan ia sangat memalukan apabila kita (BN) disebut sebagai pembangkang. Saya tahu anda semua rasa letih dan malu juga,” katanya dalam ucapannya pada Konvensyen Umno Selangor hari ini.

“Kita perlu tunjuk kepada rakyat Selangor bahawa kepimpinan Umno lebih baik, lebih bermakna, lebih jujur pada rakyat, lebih mementingkan perjuangan untuk membela nasib rakyat,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, beliau turut menegur jentera Umno Selangor yang disifatkannya masih lembap dan mahu Badan Perhubungan Umno Selangor meningkatkan usaha mereka dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

——————–

Rasanya kalau Najib tahu apa jadi di Kedah, dia pastinya lebih malu dan letih. Jentera UMNO di Kedah pun tak jauh macam Selangor. Macam mabuk todi. Garang tak garang. Buat kerja macam tak buat kerja.

Pada ana, kalau dah tara ini teruknya UMNO Kedah, kalau kita tak mampu menang dalam PRU akan datang, memang kita ada sial politik lah. Elok mandi bunga di wat siam.

Ana dimaklumkan, waima Tuanku Agong di KL pun rasa Mukhriz Mahathir ini bodohnya di tahap yang sukar diganti.

Kakitangan KCS yang elok-elok, mahu ditukar ikut suka. Macam dia adalah pemegang kuasa mutlak.

SUK yang bagus pun dia nak tukar, kononnya tak membantu negeri. Pemalas. Sibuk nak susun projek.

Yang Mukhriz tak tau, kakitangan dia pun sakan ligan projek.

—————————–

Yang Berhormat Dato’ Paduka Haji Mohd Puat Bin Haji Mohd Ali dilahirkan pada 4hb November 1954 di Yan Besar, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Yan Besar sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar Kedah. Pada 25hb Disember 1979 beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Paduka Dato’ Hajjah Che Barni Binti Haji Mohd Noor dan mempunyai 4 orang cahaya mata, tiga lelaki dan seorang perempuan.
Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman pada tahun 1978. Diantara jawatan-jawatan yang pernah disandang beliau ialah sebagai Penolong Pegawai Daerah, Penolong Setiausaha Kerajaan, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Timbalan Pengarah UPEN, Pentadbir Tanah Daerah, Timbalan Pengurus Besar LADA, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah, Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Investment Centre (KIC) dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah. Beliau juga memegang beberapa jawatan Ahli Lembaga Pengarah Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Pernah dilantik menganggotai Jawatankuasa Penyusunan Semula Pihak Berkuasa Tempatan Persekutuan, Jawatankuasa Kajian Semula Sistem SAGA Persekutuan dan mengetuai salah satu kumpulan Program Pertukaran Kakitangan Awam Malaysia ke Korea Selatan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Belaiu memperolehi pengalaman yang luas dalam bidang pelaburan ketika bertugas di LADA dan KIC dimana beliau menyertai MIDA, Agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam misi pelaburan dan promosi ke China, Iran, Negara-negara Timur Tengah, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Eropah, UK, Australia dan lain-lain.
Sepanjang beliau menerajui Perbendaharaan Negeri Kedah, jabatan tersebut telah dianugerahkan tiga tahun berturut-turut Anugerah Empat Bintang Audit Indeks Akauntabiliti oleh Ketua Audit Negara (Empat Bintang adalah rating tertinggi). Perbendaharaan Negeri Kedah juga berjaya menghantar Penyata Kewangan Negeri Tahun 2012 pada 31hb Januari 2013 iaitu terawal dalam sejarah Kerajaan Negeri Kedah mengikut rekod Jabatan Audit Malaysia. Belaiu juga Berjaya melaksanakan 5S di Jabatan tersebut.
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1978, Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (Analisa Dasar dan Kewangan) dari The American University, Washington D.C pada tahun 1984. Disamping itu, beliau memperolehi Sijil Project Planning dari Bradford University, UK, Sijil Leadership in Management (Anjuran AIM, Bangalore) dan Sijil Global Leadership dari Oxford University, UK (Oxford University and Georgia State University, USA Joint Programme).