Ramai ahli di bawah yang masih lagi menunggu whatsapp dan arahan Presiden agar jentera Pas turun beramai-ramai ke Putrajaya dalam program Rakyat Hakim Negara. Mereka buka whastapp hampir setiap minit. Tempoh makin dekat. Masih belum ada arahan.
Ana sms beberapa orang Pesuruhjaya Pas Negeri, dan jawapan mereka sama. ‘Tak guna pertahankan isu liwat. Biar dia jawab sendiri’.
Ana pelik. Betulkah ini keputusan parti. Kita tak masuk langsung? Tak bahaya ke untuk PR?
Ana ok ajer. Setia dengan arahan. Kalau arahan kata tak perlu turun, baik ana minum kopi di dalam kawasan ana. Boring2, ana pergi mengurut kaki. Senang hidup.
Di kalanagn ahli pun sama. Pada mereka KETUM PR ini sudah melampau-lampau. Pas dihina dan dipinggir. Isteri lebih utama daripada persahabatan.
Biar dia tanggung sendiri azab.
Pada ana, kalau tidak bersalah pun, imej KETUM dah menjunam teruk. Tidak menarik macam dulu. Hanyir.
Daripada kita terbabit hanyir. Biar dia seorang sahajalah.
Tapi kalau Presiden sendiri arahkan turun. Ana turun jugalah. Kesian.