Adun PAS Hulu Kelang, Saari Sungib yang digantung keahlian berkuat kuasa 12 Oktober lalu, akan mengemukan rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS minggu depan,

Beliau yang dipetik portal Mstar Onlinesebagai berkata bahawa, surat rayuan tersebut akan diserahkan sendiri di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pada Isnin.

“Insya-Allah dalam hujung minggu ini saya akan menulis surat rayuan tersebut. Perkara yang akan ditulis sudah berada dalam fikiran saya,” Saari dipetik portal itu.

Beliau juga mmaklumkan telah berbincang dengan peguam dan rakan rapat untuk mendapat maklumbalas berhubung pemecatannya itu.

Saari menjelaskan surat penggantungan beliau diterima melalui pos pada 13 Oktober lalu dan menerimanya menerusi emel pada 11 Oktober.

“Dalam surat penggantungan itu, kesalahan yang saya lakukan tidak dinyatakan secara spesifik, namun surat itu memaklumkan saya melakukan kesalahan di bawah perkara 82 (6) Perlembagaan parti.

“Apa pun saya akan menjawab surat tunjuk sebab ini dan saya akan serahkannya Isnin ini,” katanya.

————–
Apa nak rayu lagi?
Masa buat keputusan tak ingat sumpah.
Tak ingat bai’ah
Kalut nak angkat wan azizah
Sudahnya…diri sendiri kena mamah
Politik mengkarung enta orang dah kenal
Konon zuhud pakai capal
Poket kanan kiri sentiasa tebal
Sebab masyuk sentiasa kekal
Sheikh…enta ini pengkhianat parti
Elok letak jawatan dan sedar diri
Kalau tak kerana PAS…hmm…enta menyendiri
Dalam pkr pun…enta tak ada erti
 
La ni…sembah Azmin kanan dan kiri
Pastikan projek hulu kelang…anta dapat sendiri
Laki bini…kemain eksyen lagi
Mengalahkan MB…si azmin ali