Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menegaskan ia berbeza jika seseorang itu memohon untuk menyertai parti, yang mana memerlukan pertimbangan jawatankuasa pusat untuk menerima atau menolaknya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Datuk Tamrin Ghafar untuk keluar dari parti Islam itu, pagi tadi.

“Kita tidak boleh halang mana-mana yang hendak keluar parti.  Jika itu hasrat dia, kita terima. Tak boleh halang.

“Kalau nak masuk (sertai PAS), itu kena dipertimbangkan sama ada nak terima atau tidak. Perlu dibawa ke peringkat jawatankuasa kerja untuk memutuskannya. Itu lain. Tapi, kalau nak keluar, kita tak boleh halang,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Mengulas lanjut, Mustafa yang kini tidak berada di Kuala Lumpur mengatakan bahawa beliau belum menerima surat daripada Tamrin.

Bagaimanapun, pegawai di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut, telah memaklumkan kepada beliau berkenaan surat tersebut yang dihantar pembantu Tamrin pagi tadi

————–
Pada ana, eloklah Tamrin keluar. Bukannya apa, tengok bini dia pun kita tahu dia tak sesuai dengan Pas.
Nak tengok bini dia, boleh pergi Bangsat SHopping Centre (Bangsar) dan dapat tengok bini dia yang bersepah di situ. Tua. Tak pakai tudung.
Apa sahaja pun sumbangan Tamrin kepada kita?
Bro…boleh berambus.