Dewan Muslimat Negeri Melaka (DMPNM) kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang turut disokong kerajaan pusat melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, yang menjadikan pesta arak sebagai salah satu cara menjana ekonomi negeri.

Ketuanya Ustazah Kintan Man, berkata sewajarnya Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron serta menteri kabinet yang diberi mandat oleh rakyat, mampu untuk mengemukakan pelan ekonomi mapan yang bersih daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran agama.

“DMPNM merasa amat kesal bilamana pesta arak ini dijadikan sebagai salah satu produk penjanaan ekonomi serta cara untuk menarik pelancong.

“Islam tidak melarang penganut agama lain untuk meminum arak selagimana agama tersebut tidak melarang perlakuan sedemikian, tetapi untuk diberi kelulusan pesta meminum arak adalah suatu yang amat mendukacitakan,” katanya.

————–
Ini macam lah kita mahu. Kenyataan tegas. Salahkan kerajaan Melaka di bawah YAB Mata Kanan Ke Lain Mata Kiri Ke Lain di Melaka tu. Sebab itulah dia tak perasan konsert arak dalam negeri. YAB Mata Kanan Ke Lain Mata Kiri Ke Lain.
Mana pergi kalangan alim ulama’ di Melaka? Senyap ajer. Redha?
Janganlah senyap. Kena buat kenyataan lah. Maki hamun sikit. Barulah betul.