Hampir 30 orang para sami Budha dari seluruh negeri Kelantan hadir ke majlis ramah mesra di kediaman Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Pulau Melaka semalam.

Rombongan sami itu diketuai Ketua Majlis Sangha Negeri Kelantan Phra Vicharan Vuthikhon.

Tuan Guru yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, ketika ditemui berkata, kehadiran rombongan sami itu dapat mengeratkan lagi hubungan beliau dengan golongan bukan Islam.

Katanya, pada masa yang sama ianya turut mempamerkan keindahan Islam pada golongan itu.

“Sekarang ni timbul masalah bermacam-macam bangsa, Cina ada parti dia, Melayu ada parti dia, sedangkan Islam datang untuk manusia bukan untuk orang Arab atau Melayu sahaja.

“Kewajipan kita semua termasuk saya sendiri untuk memberi kefahaman Islam adalah untuk agama semua bangsa termasuk kaum Cina,” ujarnya.

Relak ajer TG jumpa Sami Buddha. Semua pakat tunduk hormat kepada ulama’ bertaraf wali macam Tok Guru. Tak ada hal pun.
Sebab itu pada ana, kita kena terbuka bab beragama ni. Benda dalaman. Antara dia dengan Tuhan. Siapa kita nak kata dia liberal atau tidak?
Masalah dengan kita, takut sangat dengan idea dan wawasan. Biarlah orang tu bentang dan bagitahu kita dulu. Lepas tu baru kita sanggah. Ini, dia belum masuk pun kita dah balun. Jahanam aa macam tu.