Ana pun tak faham apa benda yang kita takut sangat dengan kehadiran tokoh seperti Ulil Abshar ke Malaysia.
 
Apa yang Pak Sheikh kita ngeri dan takut sangat? Ulil Abshar ini orang biasa sahaja. Bukannya nabi. Tapi yang kita takut tak tentu arah sebab apa?
 
Pada ana, sebagai Pas, kita kena kenal semua orang. Sunni. Syiah. Liberal. Itulah kita.
 
Selama ini ada kawan-kawan syiah dalam Pas pun kita boleh bersifat terbuka. Tak kisahpun. Malah kita lonjak syiah ke pimpinan pun. 
 
——————–
 

Ulil, Pengasas Jaringan Islam Liberal (JIL) Indonesia) menjadi tetamu utama dalam diskusi meja bulat yang dijadualkan berlangsung di pejabat Global Movement of Moderation Foundation di Bukit Damansara pada 18 Oktober, jam 11 pagi.

Mohd Roslan turut mendakwa Ulil terlalu banyak mempersoalkan nas agama yang bersifat qat’i (putus) dan merendah-rendahkan hal ehwal agama Islam.

“Perkara ini sinonim dengan organisasi beliau iaitu Jaringan Islam Liberal (JIL) di mana fahaman ini telah diharamkan di Indonesia dan juga negara kita Malaysia.

“Justeru PUM meminta supaya Jakim dan pihak berautoriti supaya dapat mengambil tindakan sewajarnya agar idea-idea Islam Liberal yang telah diharamkan di Malaysia tidak dikembangkan secara halus,” katanya.

——————-

Ana rasa, Pas patut dekatkan diri dengan Ulil Abshar. Tak perlu konservatif sangat