Penggantian seksyen 28

6. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 28 dengan seksyen yang berikut:

28. (1) Panel Pelaburan hendaklah, tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27a(2), melaburkan wang Kumpulan Wang mengikut cara yang berikut:

(a) dengan mendepositkannya— (i) dalam Bank Negara Malaysia;

(ii) dalambankberlesenataubankpelaburanberlesen yang dilesenkan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];

(iii) dalam bank Islam berlesen yang dilesenkan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; atau

(iv) dalam mana-mana institusi kewangan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(b) dengan melabur—

(i) dalam saham yang ditawarkan menurut suatu tawaran awam permulaan yang telah diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] atau saham yang disenaraikan dalam bursa saham yang diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; atau

(ii) dalam debentur, termasuk stok debentur, bon, nota dan apa-apa sekuriti lain suatu syarikat awam sama ada membentuk suatu gadaian ke atas aset syarikat awam itu atau tidak;

(c) dalam bon atau pembelian kertas gadai janji, nota perdagangan, persetujuan jurubank, kertas pasaran wang, sijil deposit, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 [Akta 204] dan surat cara boleh niaga lain yang seumpamanya;

————————

Yang ramai orang tak tahu, penyamun paling besar di Malaysia ini adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP, Kementerian Kewangan). Memang dia senyum manis. Tapi yang orang tak tahu, dalam senyum mamat ni pandai nak buat duit untuk diri sendiri.

Semalam, kita dah berjaya menekan kerajaan supaya menolak cadangan mewujudkan PANEL PELABURAN di LHDN, yang diberikan hak untuk menggunakan wang cukai untuk kegunaan pelaburan. Melampau.

Ana nak puji semua wakil rakyat PR yang menekan agar benda ini tak jadi. Kita bayar cukai. Mereka nak laburkan kembali utk kepentingan diri.

Ana bersyukur kerana ketamakan ini dapat dihentikan. Kalau tidak, jenuhlah mereka nak labur duit rakyat untuk kepentingan mereka.

Ana bayar cukai juga.

Najib memang malang bila ada KSP macam ini. Kaki temberang.