PAS kesal dengan tindakan kerajaan BN yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel 20 sen bermula hari ini sedangkan harga minyak dunia sedang mengalami kejatuhan mendadak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan BN sebelum ini sering memberi alasan harga minyak dunia naik sebagai punca harga minyak Malaysia juga terpaksa dinaikkan.

“Namun dalam keadaan minyak dunia turun hari ini, apa pula alasan kerajaan.

“Atas pertimbangan apa harga petrol dinaikkan hari ini,” soal beliau ketika bercakap kepada Harakahdaily.

Harga minyak dunia semalam pada USD90.73 setong, iaitu jatuh mendadak berbanding harga pada bulan Julai iaitu USD103 setong.

Menurut Mahfuz, dengan penurunan harga minyak dunia, pengguna seluruh dunia sepatutnya menerima berita gembira.

Namun sebaliknya kata beliau, rakyat Malaysia terus menerus menerima berita buruk yang menghimpit kehidupan mereka.

Beliau juga mempersoal kenapa diesel di Malaysia (Euro 2) yang tidak mencapai standard antarabangsa (Euro 5), dijual dengan harga mahal.

Ana rasa, Najib ni nak rasa macamana rakyat turun macam di Hong Kong. Jangan bagi can. Dia nak tengok macamana rupa rakyat marah agaknya.
Najib memang kuat. Kuat Najib sebab 170/191 Ketua UMNO Bahagian ditongongkan dengan duit dan projek. Malaysia ni sebenarnya dijaga oleh 170 orang ini sahaja. Keluarga mereka yang kaya raya. Bukan rakyat jelata.
Kalau rakyat Malaysia masih dibodohkan oleh Najib dan Rosmah; memang puaka yang mereka pakai tahap dewa lah.
Kalau rakyat Malaysia boleh tahan lagi dengan kenaikan macam ini, kita ni sebenarnya dah memang tahap wali punya sabar. Tenang sahaja kita ni.