Lokasi Muktamar Tahunan kali ke-60 yang akan diadakan pada 18 hingga 20 September nanti, kekal di Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat PAS Johor malam tadi.

Penolong Setiausaha Agung 2 PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, persiapan muktamar sedang giat dilakukan sekarang ini dengan menaikkan khemah dan gerai untuk jualan pada muktamar nanti.

“Dalam 100 biji gerai yang dibuka untuk jualan pada hari tersebut dan aktivti meratakan tanah hampir siap, dalam waktu tiga hingga empat hari ini kita sedang persiapkan khemah dan gerai jualan,”katanya kepada Harakahdaily.
Katanya lokasi muktamar kali ini berlangsung di hadapan Bandar Universiti dan berdekatan dengan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).

Bagaimanapun, beliau bagi pihak urusetia Muktamar PAS kali ke-60 ini memohon maaf ke di atas kesulitan yang berlaku terutama para perwakilan dan pihak media yang telah menempah penginapan di Skudai, Johor Baharu.
Namun, untuk muktamar dewan-dewan masih tidak berubah iaitu Dewan Ulamak kekal di Kulai, Dewan Pemuda di Dewan Chun Moi, Kota Tinggi dan Dewan Muslimat di Pulai Spring Resort.
***********************
Mari kita ramai-ramai turun ke Batu Pahat. Jangan kisah soal hotel dan tempat tinggal. Banyak hotel murah di sini. Kalau perlu kita sewa hotel di Muar, pun kita sanggup lah. Ini jihad dan perjuangan.
Khaled takut dia kena tempias di JB, di Batu Pahat dia lepaskan. Cantik. Ada pun keberanian. Ingat macam MP Sembrong.
Kali ini kita mesti banjirkan BP dengan gelombang PAS.
Johor…mu tunggu aku datang.