“Malam ini PAS Johor akan adakan mesyuarat, dan mungkin keputusan lokasi muktamar akan diputuskan pada malam ini,” katanya.

Muktamar ke-60 pada awalnya dijadualkan akan berlangsung di Sutera Mall Skudai, bagaimanapun sedikit masalah timbul ekoran ada tekanan daripada pihak tertentu, maka tapak muktamar dipindahkan ke Parit Raja Batu Pahat.

Menurut Faizi, tapak baru seluas enam ekar itu merupakan kawasan milik persendirian dan kerja-kerja meratakan tanah sedang dijalankan.

Bagaimanapun, difahamkan pihak penganjur dibenarkan semula untuk menggunakan tapak dikawasan Sutera Mall itu selepas beberapa siri perbincangan.

Ekoran itu, PAS Johor akan membincangkan perkara itu pada mesyuarat malam ini.

Sebelum ini Muktamar PAS Pusat sering diadakan di negeri-negeri yang diprintah oleh Pakatan Rakyat, pada tahun lepas Muktamar kali ke-59 di adakan di Stadium Malawati Shah Alam, dan sebelum itu pula diadakan di Putik Kelantan.

**********
Kemon lah Bro Khaled Nordin, anak jantanlah sedikit, takkan nak buat Muktamar pun risau. Mesyuarat sahaja pun. Takut sangat ke bila ramai kopiah putih masuk Johor? Aduhhhh….kata Southern Tigers.
Ana kadangkala bosan dengan kedangkalan pemimpin Johor dengan PAS ini. Takut sangat dengan kita. Macamlah kita ini kuat sangat. Kita biasa-biasa ajer. Tapi pemimpin mereka yang lemah kepala lutut.
Khaled Nordin jangan takut, kalau ada telo(w), benarkan kami bermesyuarat dengan tenang, tanpa ada rasa was-was. Buat rilek lah kalau tak ada salah.
Agaknya, Khaled Nordin tahu kita nak sungkit dia banyak benda. Soal tanah di Johor yang semakin teruk dijual oleh konco-konco MB dan *ehem ehem*.
Janganlah takut Bro. Tak langsi la macam ini. Lu asyik nak kawan dengan budak-budak comel lu sahaja. Gua tahu cerita lu. Tapi takkan gua nak buat meeting pun lu kacau. Bangsat lah permainan lu ni.
Apa semua Pemuda Johor dah tak ada telo(w) ke? Biar lah kita orang nak muktamar. Lu naik gila apa pasal? Sudah mereng ke otak lu orang semua?