Bila PAS memulangkan kepada DYMM Duli Tuanku Al-Sultan Selangor untuk membuat keputusan, itu sebenarnya pelempang back hand kepada perempuan PKR. Manakan tidak, ingat dengan pegang kepala lutut Hulu Klang dan Morib, menanglah dia. Sudahnya…ke laut.
Dalam politik, mesti ada strategi. Kalau tak ada strategi, itu namanya mencari maut. PAS memang cekap dan sopan bab ini. Anwar pun geleng kepala.
MB Selangor ini bukan calang-calang jawatan bro. Bukan boleh pakai lantik ikut suka. Mesti ada adab dan etikanya.

Pas mempertahankan keputusannya untuk menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai seorang lagi calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Sultan Selangor untuk pertimbangan lanjut.

“Itu terpulang kepada Sultan.. termasuk dua-dua calon yang Pas kemukakan sebelum ini…,”.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada hari ini bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor,” katanya pada sidang medianya, sebentar tadi.

Setakat ini, keputusan menamakan Azmin secara bersekali adalah keputusan paling bijak oleh kita. Azmin kepala ligat. Kepala penyamun. Nak tengok kita makmur di Selangor, Azmin adalah pilihan terbaik.

p/s: Azmin akan bagi kita tanding Pengkalan Kubor. Lu gosok belakang gua. Gua gosok belakang lu. Cantik.

Advertisements