Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu ahli partinya tidak meminggirkan atau memperkecilkan kepentingan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Anwar PAS telah membuktikan kesetiaan mereka dalam gandingan Pakatan yang telah berusia enam tahun itu.

“Mereka(PAS) telah membuktikan semangat setiakawan, dengan PAS, saya secara peribadi tidak melupakan jasa dan pengorbanan kawan-kawan dalam PAS,” kata beliau.

Anwar turut berkata pimpinan tertinggi tidak semestinya menerima dan mempertahankan semua perkara yang dibawa perwakilan tetapi hanya mengambil fakta yang benar serta mengambil kira semangat Pakatan.

“Adalah satu dua orang. Tak jaga akhlak baik atau fakta. Jangan menolak peranan PAS.

“Kita dalam semua isu tak boleh lupa kerangka besar, fakta yang benar,” tegas beliau.

Nasib baik KETUM buat kenyataan yang baik-baik semasa Kongres PKR. Kalau tidak, rasanya memang PR hancur lebur selepas kongres PKR.
 
Katanya, Istana Bukit Segambut minta agar kongres slow skit balun Pas. 
 
Baguslah. Kalau sedar diri, tanpa Pas, tak ke mana pun PKR itu. Tahu dan faham pun hakikat politik.
 
Lain kali jangan mudah sangat nak balun orang. Terutama bila tahu awak dalam keadaan lemah.