Lebih teruk daripada Abdullah

Mahathir dalam satu tulisan di blognya menyebut bahawa beliau menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan ?dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan? berbanding pendahulunya itu.

“Harapan saya Datuk Seri Najib akan mengambil ikhtiar dari prestasinya yang buruk dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.

“Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Datuk Seri Najib.”

Justeru, Mahathir berkata, beliau tiada pilihan selain menarik balik sokongan dan menegur pemimpin itu.

Mahathir antaranya mengkritik tindakan Najib ‘melayan tuntutan musuh’ dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bersikap rendah diri kepada negara jiran serta memberikan layanan tidak saksama terhadap kaum dan parti yang menyelamatkan kerajaan.

Angin Mahathir
Pada ana, Mamu Mahathir ini adalah orang tua yang cepat merajuk. Tak dapat projek merajuk. Anak dia kalah merajuk. Isteri dia kena sindir merajuk. Anak pompuan dia join BERSIH pun merajuk.
Ana minta Mahathir jadi macam Margaret Thatcher sahajalah. Lepas tidak ada jawatan, duduk diam. Tak menyampuk.
Ana bukannya apa. Suka juga tengok UMNO berbalah. Tapi Mamu Mahathir ini pada ana seorang pemimpin yang tidak ada kesopanan dalam menegur. Tak ada sikap belas. Main langgar sahaja.
Ana benci UMNO. Tapi pada ana, Najib orang baik. Najib rasuah, itu dia jawab dengan Allah SWT lah. Bukan kerja kita.
Kalau semua ingat, antara pemimpin UMNO yang paling banyak mengutuk PAS, Mamu lah orangnya. Tak berhenti.