Apa la nak pelik, politik ni memang banyak gohet gostan. Mamu Mahathir pun boleh gohet gostan dengan sokongan kepada Najib. Kejap sokong. Kejap tidak. Biasalah.

Tapi hari ini ana nak cerita pasal politik gohet gostan dalam parti kita, parti Islam. Pada ana, tak ada salah dan cacat cela dengan keputusan mesyuarat tempohari. Kalau PKR kemaruk sangat nak letak bini KETUM sebagai MB, kita bagi sahajalah. Buat penat badan cakap dengan orang taksub ini.

Ana setuju dengan pandangan Dr Zuhdi, nampaknya Pas kita ini sudah lebih wala’ kepada KETUM dan KOMUNIS DAP berbanding kepada Mursyidul Am dan Presiden kita sendiri. Pada ana, ini penyakit yang akan merosakkan kita.

Dalam sejarah Islam, golongan Munafik hanya muncul selepas peristiwa hijrah iaitu di Madinah setelah Islam memiliki pengaruh dan kekuasaan. Terdapat golongan yang dengki dengan penguasaan Islam di Madinah, yang telah lama menyimpan cita-cita untuk menguasai negara Madinah tetapi terhalang dengan kedatangan Islam. Ketua golongan Munafik yang sudah dimaklumi ramai adalah Abdullah bin Ubai bin Sallul.

Antara ciri kelemahan golongan Munafik ini adalah mereka tidak sanggup untuk bersama umat Islam berperang menentang musuh. Peristiwa perang Badar dan perang Uhud merakamkan bagaimana mereka berjaya mempengaruhi sebahagian dari tentera Islam untuk berpatah balik meninggalkan medan perang. Mereka benci apabila Islam menang dalam perang Badar dan gembira apabila tentera Islam mengalami kekalahan di dalam perang Uhud. Semasa berlaku perang Tabuk pula, mereka memberi berbagai alasan untuk tidak menyertai peperangan.

Sifat Nifaq adalah terbahagi kepada dua:

  1. Nifaq ‘amali – sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadith Nabi SAW. Terdapat tiga ciri utama sifat-sifat munafiq:
  2. Apabila bercakap, mereka berdusta
  3. Apabila diberi amanah, mereka khianat
  4. Apabila berjanji, mereka mungkir
  5. Nifaq I’tiqadi – yang menjadikan mereka kafir dan dijanjikan untuk ditempatkan di kerak neraka.

Berdasarkan buku yang dijadikan panduan kuliah tersebut, terdapat enam (6) ciri Munafiq I’tiqadi yang berlaku pada hari ini:

  1. Mendustakan Rasulullah SAW seperti menolak Hadith secara total
  2. Mendustakan sebahagian dari ajaran Nabi SAW
  3. Benci kepada Nabi SAW
  4. Benci dengan sebahagian dari ajaran Nabi SAW dan sunnah Nabi SAW
  5. Gembira apabila melihat Islam dihina, ditekan, ditewaskan, dan sebagainya
  6. Benci untuk menolong agama Islam

Untuk menjauhkan diri dari terjerumus ke dalam lembah nifaq, antara usaha yang boleh dibuat termasuklah mengamalkan doa.

Ana letak pada antum semua untuk nilai, siapa yang munafik dengan perjuangan Pas kita ini? Fikir sendiri. Mereka yang tidak henti mendahulukan KETUM berbanding Tuan Guru pun layak digelar sedemikian. Agak ana lah.