Itulah info yang ana diberitahu oleh kawan di dalam AJK PAS PUSAT. Keputusannya adalah menerima pertukaran Khalid, tetapi bukan dengan Wan Azizah. Muktamad. Kalau Anwar masih berdegil, jawabnya PR akan hancur.
Soalnya, Anwar kena tanya diri sendiri, siapa lebih besar? Wan Azizah atau Pakatan Rakyat?
PAS hanya fikir masa depan. Kalau dah awal-awal ini pun kacau bilau, bagaimana Wan Azizah nak jaga negeri. Sudahlah permintaan awal kita untuk diletakkan Iskandar Samad sebagai Timb Menteri Besar ditolak, atas alasan hendak menjaga hubungan dengan DAP.
Kalau hati DAP kena jaga, hati PAS nak letak kat mana? Pajak gantung? AlRahnu?
Itu sahaja permintaan Presiden dan Majlis Syura, tukar MB boleh – tetapi bukan dengan Wan Azizah.
Pencapaian politik Wan Azizah memang buruk. Terburuk dalam sejarah PR. Haji Hadi masih ingat bagaimana keputusan penting tidak boleh dibuat oleh Azizah (perlu merujuk ke penjara sungai buloh) pada setiap masa.
Kita tak boleh ada MB jenis part time. Kena full time.
Kalau Anwar MB lain cerita. Ini Kak Wan. Lemah.