Ana dah tulis semalam, Pas ini berbeza dengan parti lain. Sesuai dengan harakat perjuangan Islam, guidance kita adalah al Quran dan Sunnah. Selain itu kesetiaan kepada ulil amri adalah amat penting di dalam perjuangan.
Kita tak kisahlah asas apa yang digunapakai oleh ADUN Hulu kelang dan Morib, tetapi pada ana mereka adalah kalangan yang munafik dan mufarakah daripada perjuangan sebenar Pas dan Islam.
Orang-orang begini tidak layak berada di dalam parti Islam. Nyata, Tuhan mereka adalah duit dan Anwar KETUM. Kalau mereka wala’ kepada KETUM, pada ana, mereka patut letak jawatan dan bertanding semula atas tiket PKR, bukan PAS.
Dalam parti, disiplin adalah perkara nombor wahid. Tak ada dolak dalik. Kalau nak main game, boleh persilakan keluar daripada Pas.
Apa yang Khalid Ibrahim tidak beri kepada Saari dan Morib. Banyak ADUN lain yang pelik kerana Hulu Kelang dan Morib adalah dua kawasan yang diberikan perhatian oleh Anwar Berahim. Surat sokongan KETUM berlambak. Semuanya nak memastikan bahawa mereka terus ikut cakap KETUM. Makna kata, kedua-dua mereka ini setia mereka kepada KETUM berbanding TGHH.
Pada ana, kalau Pas ada maruah, kita kena pecat dua orang ini. Pecat sahaja.