Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad berkata pihaknya sabar menunggu PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini untuk menetapkan pendirian parti berhubung kedudukan Abdul Khalid.

“Saya yakin pimpinan dan ahli-ahli PAS akan sentiasa bertindak menurut keputusan-keputusan peringkat tertinggi parti malah Ahli-Ahli Dewan Negeri telah mengangkat sumpah sebelum hari penamaan calon pilihanraya umum yang lepas supaya sentiasa mematuhi arahan parti,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, buat masa ini exco-exco PAS akan menjalankan tugas mereka seperti biasa selari dengan arahan yang telah dikeluarkan Setiausaha Agung PAS pada 10 Ogos lalu.

Arahan tersebut agar exco kerajaan negeri dari PAS terus berkhidmat di dalam Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Arahan ini adalah selari dengan perkenaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar Tan Sri Khalid meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar,” katanya.

Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, sebelum ini berkata pentadbiran Selangor mesti berjalan demi kepentingan rakyat Selangor.

*****************************************

Ana sebenarnya dalam hati sentiasa berdoa agar YB Iskandar dapat menjawat jawatan MB kali ini. Sebagai calon kompromi.

Kita selalu diingatkan oleh Anwar, kalau kita nak berjaya kalahkan BN, kita mesti bersatu. Antara asas bersatu itu adalah ikut sahaja segala cakapnya yang kadangkala bodoh dan tak masuk akal.

Pada ana, mesyuarat Pas 17 Ogos ini patut secara terang-terangan letakkan nama Iskandar Samad sebagai calon MB. Calon kompromi. Wan Azizah kekal ADUN. Sudah.

Ini sahaja jalan penyelesaian, atau PR akan musnah. Dah tiba masa PKR dan DApiG dengar cakap kita. Bukan sebaliknya.

YB Iskandar memang digemari oleh orang ramai. Bijak. Mesra. Senang didekati.

Kalau YB jadi MB, saya yakin, Selangor akan menjadi BALDATUN TOYYIBATUN WA RABBUL GHAFUR.