Guan Eng memberi Nasruddin 24 jam untuk menarik balik penipuannya dan membuat permohonan maaf kepada beliau. Kata Lim lagi tindakan undang-undang akan dikenakan kepada Nasruddin sekiranya beliau gagal berbuat demikian kerana “penipuan” yang dilakukannya sama seperti Cybertroopers yang pro Umno dan Barisan Nasional (BN)”.  Jika Nasruddin merupakan umat Islam yang baik, dan tidak hipokrit, beliau sudah tentu akan menarik balik dakwaan yanng dibuatnya. Aduhai, cantik ayat yang Guang Eng gunakan tu ye. Dia tu seorang Cina yang baik ke? Itulah, asyik menghentam dan mencari kesalahan orang lain terutaman dari Barisan Nasional (BN), akhirnya kawan sendiri yang hentam balik kerana menyalahkan gunakan kuasa, tapi sembunyikan demi untuk menjaga kepentingan politik kotor mereka.
—————————
Pada ana, elok kita minta ampun sahaja kepada cina pulau ini. Bukannya apa. Kita jangan bermusuh dengan ramai orang. Kalau kita lawan Anwar. Kita lawan Anwar sahaja. Guan Eng kita buat kawan lah.
Ana pun tak faham Ustaz Nasaruddin nak kaitkan isu KIDEX dengan PP. Tak ada kena mengena. Mabuk ketum ke? Atau towkay KIDEX bayar Vellfire Ustaz?
Guan Eng setakat ini, adalah MB/Ketua Menteri terbaik dalam Pakatan Rakyat. Cemerlang. Jaga negeri cemerlang. Jaga duit cemerlang. Jaga agama cemerlang. Jaga orang bogel cemerlang. Jaga wakil Pas pun cemerlang. Abang Mat Sabu dapat berbelas ribu sebulan sebab Guan Eng bagi. Ada pernah kita terima kasih kepada Guan Eng?
Guan Eng ini ada material jadi Perdana Menteri. Kita jangan gaduh dengan dia. Kena buat kawan. Chillax kata orang muda.