Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menganjurkan Kongres tahunan mereka pada 22 hingga 24 Ogos ini bertempat di di Stadium Malawati Shah Alam.

Kongres PKR kali ke-10 ini, akan melibatkan seramai 3,740 perwakilan daripada 220 cabang PKR di seluruh negara.

Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution, kongres ini juga akan melibatkan mesyuarat tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita (PKR).

Tambahnya, sehingga kini ibu pejabat PKR telah menerima 1,100 permohonan untuk menjadi pemerhati daripada beberapa cabang.

“220 cabang pun sudah selesai menjalankan mesyuarat tahunan masing-masing dan mereka layak menghantar perwakilan mereka pada kongres kali ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Selain itu, PKR juga akan membuat jemputan khas kepada kira-kira 200 perwakilan dan pemerhati khas pada kongres itu.

“Jemputan khas itu melibatkan wakil daripada kedutaan asing di Malaysia, NGO, Ahli Parlimen dan Adun,” katanya.

——————————
Ada seorang rakan PKR maklumkan kepada ana, kali ini resolusi Kongres akan tertumpu kepada usaha membelasah Pas yang nampaknya tidak tunduk kepada Anwar dalam isu MB Selangor.
Kata teman itu lagi, kali ini mereka akan belasah Hj Hadi cukup-cukup. Malah, ada cabang yang nak usulkan supaya Haji Hadi tidak dijemput hadir dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Pada ana, ini semua bodoh punya kerja. Yang ada masalah parti dia. Yang koyak rabak parti dia. Yang kacau bilau parti dia. Kenapa kita pula yang nak kena serang? Bahalol?
Ana tak kisahpun kalau kawan-kawan dalam PKR nak balun kita. Benda biasa. Politik. Tapi jangan sampai berlebih sangat. Terutama budak-budak manja AMK yang tak tahu malu. Kerja kurang. Nama nak naik. Berebut jawatan. Ini semua politik lakhanat.
Kalau betul jadi macam itu, jangan marah ana kalau ana boikot kongres pkr macam ana boikot barang Israel. Sebab PKR dengan Israel pun bukan banyak beza.