Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa pihak kerajaan khususnya agensi di bawah Kementerian Penerangan agar mengurangkan aktiviti berbentuk hiburan sepanjang akhir bulan Ramadan al-Mubarak ini.

Naib Presidennya, Hasri Harun berkata kedapatan usaha-usaha pihak-pihak yang terlibat khususnya stesen radio dan televisyen menggerakkan program sambutan menjelang hari Raya Idulfitri.

“Sesungguhnya Abim berpandangan bahawa pihak berwajib harus peka dan prihatin dengan suasana dan permasalahan terkini yang berlaku khususnya di bulan yang mulia ini.

“Ia termasuklah isu pembunuhan rakyat Islam di Palestin oleh tentera rejim Israel yang amat mendukacitakan seluruh dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Abim juga menyeru agar kempen digerakkan oleh seluruh rakyat malaysia agar mengurangkan aktiviti hiburan yang mana ia bertujuan untuk menghormati bulan Ramadan yang masih berbaki dan memberikan keselesaan kepada umat islam untuk beribadah dengan tenang sepanjang akhir Ramadan ini.

Tiba-tiba pula ABIM bersuara. Dah lama sangat tidur agaknya. Baru bangun.
ABIM sudah tidak seperti dulu. Suara dah tak sekuat dulu.
Kata orang ABIM sekarang satu gerakan dakwah yang keliru. Sekejap ke sini. Sekejap ke sana. Macam haiwan dua alam. Bila Gomen panggil. Dia lompat. Bila kita panggil dia lompat.
Bilalah ABIM nak matang semula…