Nampak gaya, macam Pakatan Rakyat dah setuju nak play safe. Esok hari kita puji-puji Najib dan Rosmah. Bukan peranan Najib sahaja yang hebat, peranan Kak Ros pun boleh tahan. Jangan dinafikan.
Pada ana, kita pun patut sokong Najib habis-habisan. Hari ini Kit Siang puji Najib. Anwar puji Najib. Kita? Nak belasah Najib? Rugilah bohh. Kita pun kena puji lah. Baru betul.
Pada ana, esok peluang untuk kita nampak macam sokong UMNO sikit. Pada ana lah. DAP dan PKR pun dah puji UMNO. Bodohla kita kalau nak rembat UMNO.
Pada ana, kita susun elok-elok, siapkan barisan yang mantap untuk memuji Najib daripada awal sampai akhir.
Mana tahu, ada rezeki, Najib hulur Ahli parlimen kita sikit duit raya. Kan best tu. Dapat juga ahli di bawah merasa.
Apa yang kita nak bantai Najib dalam isu ini? Pada ana tak ada point pun. Elok kita sokong.