Bukan main lagi status facebook, wechat, whatsapp semalam mengatakan Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat sudah meninggal dunia. Ini pada ana, fitnah jahat oleh puak UMNO yang memang takut jika TG sihat semula.
Sampai hati mereka buat fitnah begitu. Mengatakan Tok Guru kita sudah meninggal dunia.
Inilah adab orang UMNO, khususnya UMNO Kelantan yang memang takut dengan aura Tok Guru kita.
Mereka lupa, Tok Guru telah membangunkan negeri lebih 20 tahun dengan Islam. Hebat Islam di Kelantan. Serambi Mekah. Bayangkan. Rasa sejuk, aman, damai, mulia bila berada di Kelantan.
Ada orang mesej ambe kata kita pun buat benda sama dulu. Doakan Mahathir mati. Kalau Mahathir tu lain cerita. Memang dia kejam.
Ini orang baik, berjurus, beriman, berakhlak tinggi, hampir bertaraf wali, mahu dikatakan mati. Ini jenis orang yang tidak kasih dan sayang kepada ulama’.
Ana nak nasihatkan. Jangan fitnah orang baik dalam keadaan dunia tak tentu hala ni. Fitnah Tok Guru mati, lain yang jadi. 300 orang pergi. Jangan main macam tu. Tak baik.
Kita patut doakan TG sihat dan kita semua dapat menumpang kasih seorang ulama’. Ulama’ yang ada thiqah. Bukan ulama’ buka kedai lepas pukul 3 pm. Ini ulama’ bertaraf dunia. Dihormati di seluruh dunia.