Sultan murka? Sultan marah? Sultan naik angin?
Pada ana, kalau ikut sejarah, budak perempuan CDM25 itu lebih garang daripada Sultan-Sultan Melayu. Tak perlu nak risau sangat.
Kalau nak ikut Sultan murka, Mahathir itu dahulunya memang dibenci oleh Sultan Melayu. Tengok muka pun naik benci. Nak jejak Istana pun dilarang. Tapi Mahathir tetap kekal sebagai PM. Siapapun tak boleh nak sentuh.
Tiba-tiba pula nak naik angin pasal teguran MP. Kehadiran MP memang bertujuan nak seimbangkan kuasa Sultan. Pada ana tindakan Khalid Samad itu berani dan hebat. Tak ikut cakap Sultan.
Pada ana buat tak tahu sahajalah.
Kita ada 15 ADUN dalam Dewan Undangan Negeri. Apa ada hal. Setakat teguran dan gurauan murka manja macam itu, kita diamkan sahaja. Tak payah nak respon.
Pada ana, ada perkara-perkara pengurusan Islam memang perlu pembaharuan. Mengurus dana zakat, MAIS dan sebagainya bukan semudah nak urus HARD ROCK CAFE. Hard Rock senang nak urus. Jual arak. Untung banyak.