Gambar Khalid bersama Hadi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dimuat naik Khalid di laman Facebook miliknya malam tadi.

Penyebaran gambar tersebut menimbulkan spekulasi beliau akan menyertai PAS.

Kedudukan Khalid sebagai menteri besar kini menerima tekanan daripada musuh dalaman parti yang diwakilinya, PKR, apabila terdapat gesaan terbuka agar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu melepaskan jawatan sebagai menteri besar.

Beberapa pemimpin PKR seperti Ketua Pemuda, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari secara terbuka meminta Khalid meletakkan jawatan ekoran tewas pertandingan mempertahankan Ketua Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan PKR yang masih berlangsung. – 13 Julai, 2014.

Pada ana, kalau betul Khalid nak masuk PAS, kita patut sediakan permaidani hijau dari Shah Alam sampailah ke Sabak Bernam. Ini petanda yang sangat baik.

Ana berani jamin kerat jari, kalau Khalid masuk PAS, UMNO tidak akan mampu menawan Selangor selama 30 tahun akan datang, dengan izin Allah.
Kalau Khalid jadi MB, Tan Sri Mat Taib jadi SUPOL, jawabnya almarhum lah UMNO. Makan tanah di Selangor. Elok UMNO tutup kedai terus. Tak payah teruskan.
Kita minta dan doa kalau ini berlaku, jawabnya Noh Umar boleh bersara dalam politik. Meniaga udang rimau. Sambil usap rambut bini no2 yang semakin berkarat (diwarnakan).