Kalau jawatan ini pun kita tidak boleh dapat kali ini, memang kita semua patut mandi bungalah. Apakan tidak, dengan kedudukan kita yang lebih kuat berbanding parti lain, kita masih lagi kena jadi tukang angkat berbanding penjawat sendiri. Sampai bila nak macam ini.
Pada ana, tak ada pilihan, YB Iskandar Samad mesti dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor kalau PKR nak ubah MB.
PKR pun kena main gentleman lah. Jangan nak jawatan sampai bentis kawan-kawan. Mesti ada hormat. Mana kita nak letak muka kalau semua mereka sapu.
Kalau boleh, ana cadangkan selain TMB, jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor pun diserahkan kepada PAS. PKR sudah dapat MB dengan kaedah kompromi.
Ana ucap tahniah kepada semua ADUN PAS yang tak pergi mesyuarat dengan Azmin. Ana hormat. Siapa dia nak arah kita? Siapa dia nak tentukan itu ini?
Ini kalilah, kita jadi Timbalan Menteri Besar Selangor. Baru sedap buat kerja.