Ketua Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menyatakan bahawa Pakatan
Rakyat (PR) akan mula merangka Belanjawan PR untuk tahun 2015 melalui
status di laman sosial Twitter miliknya.

Menurut Rafizi lagi, beliau yang mewakili PKR akan bersama-sama ahli
Parlimen Serdang, Ong Kian Ming yang mewakili DAP dan Dr. Dzulkefly
Ahmad yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan
PAS bagi mengganggotai Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan
Rakyat.

“Semalam, Majlis Setiausaha PR telah bersidang dan memutuskan supaya
Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat akan mainkan peranan
kemuka dasar baru seperti sebelum PRU13. Tumpuan kepada dasar,” tulis
Rafizi di dalam Twitter miliknya.

Pada ana, kena cari orang lain lah dalam mengurus manifesto dan dasar.
Kalau semuanya betul, kita dah menang PRU lalu. Sebab semua dasar
salah, ke parit kita.

Rafizi tak faham strategi politik. Dia buat belanjawan ikut buku. Mana
boleh. Kita kena ikut arus politik. Walaupun ana suka dia, tapi ini
kerja yang besar.

Ana pun tak setuju PAS pakai orang sama buat belanjawan. Dengan budak
hingusan pun dia kalah di Kuala Selangor, ada hati nak buat belanjawan
negara. Sudahlah. Macam orang tak tahu, yang tukang buat adalah budak
Securities Commission yang diupah setiap tahun. Kononnya kerja dia.

Ong Kian Ming – ana pun tak tahu apa hebatnya dia ini.

Pada ana, kali ini belanjawan PR kena orang kampung yang buat. Kita
dah ada Prof UMCEDEL tu, pakailah dia. Dia mesti ramai kenal orang.
Biar dia yang rangka. Kalau dia pandai ukur populariti orang, komen
itu ini, dia mesti pandai buat belanjawan kan.