Ana memang konsisten dari awal sokong Khalid Ibrahim. Bukan rahsia.
Bukan sebab ana dapat kerja atau upah. Tapi pada ana, berbanding orang
lain dalam PKR, Khalid adalah MB yang paling sayang kepada PAS dan
ADUN-ADUN yang ada.

Dr Rani mungkin boleh bersetuju dengan ana, MB baru Selangor belum
tentu boleh layan kita macam manusia. Mungkin mereka tengok kita macam
haiwan. Kena menghimpit celah kaki baru dapat tulang ikan.

Khalid ini pada ana sangat mesra dengan rakyat. Mudah didekati.
Walaupun dia selalu tidur dalam majlis, tapi itu benda biasa. Pak Lah
dulu pun tidur juga. Tapi PM.

Ana yakin, kalau diteruskan juga keputusan untuk pecat Khalid, kita
akan berdepan masalah sebelum PRU14 pun. Jiran-jiran ana dah berbunyi.

‘Kita bagi kuasa…buat main. Tunggu nasib nanti’.

Jangan ingat Wan Azizah boleh jaga Selangor. Ini tempat jin
bertendang. Jangan sampai terkencing dalam seluar nanti.

Ana nak ingatkan, kalau Khalid tumbang – kita akan tumbang sekali.
Kalau tak sayang kuasa, silakan. Tapi tunggu akibatnya nanti.

Paling ana kesal…tak dapat nampaknya duit raya Khalid tahun ini.
RM500 terbang.