1) AZRAI ABDULLAH (Cabang Hulu Langat)

Beliau telah menyalahguna kedudukan sebagai Ketua Pengawas Pemilihan
sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26 April 2014.

AZRAI ABDULLAH dengan ini dipecat dari PKR.

2) JOL JOLHI BEE (Cabang Batang Sadong)
Beliau telah memenangi jawatan Ketua Cabang Batang Sadong tanpa
bertanding dan didakwa terlibat menanda kertas-kertas undi lain
sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26hb April
2014.

JOL JOLHI BEE akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan
parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

3) V. SHANMUGANATHAN (Cabang Selayang)

Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 31 Mei 2014.
Beliau didapati terlibat merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu
proses pengundian di Cabang Selayang pada 11 Mei 2014.

SHANMUGANATHAN dengan ini digantung keanggotaan parti selama setahun.

4) N. PATMANATHAN (Cabang Selayang)

Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 31 Mei 2014.
Beliau didapati terlibat merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu
proses pengundian di Cabang Selayang pada 11 Mei 2014.

PATMANATHAN dengan ini digantung keanggotaan parti selama setahun.

Sesi pendengaran bagi yang berikut telah diadakan pada 31 Mei 2014.
Setelah mendengar hujah dan bukti responden-responden, Biropolitik
telah bersetuju untuk memberi amaran keras serta menarik balik
penggantungan keanggotaan bagi:

5) NORIZAN OMAR (Cabang Selayang)

6) AZMAN YAAKOB (Cabang Selayang)

———————–

Ana nak jemput semua yang kena pecat ini masuk PAS. Islam atau kafir.
Bukan tempat anda semua dalam parti anak beranak PKR.

Sepanjang 10 tahun kebelakangan ini, mana ada PAS gaduh-gaduh,
tipu-tipu macam PKR. Kami buat pemilihan dengan nyaman dan tenang.
Yang ada gaduh-gaduh ini macam PKR sahaja.

Ana dah ulang banyak kali, parti kalau diuruskan anak beranak memang
susah. Kalau rumahtangga pun tak boleh nak jaga, nak harap jaga parti.
Hancus.