Ana pun pelik dengan perangai kita ni dalam Pakatan Rakyat. Bukannya
apa, kalau nak adil, adillah kepada semua. Jangan pilih-pilih. Mesti
setara.

Ana bangkitkan isu Prof UMCEDEL ni sebab ana rasa tak ada sebab pun
kita nak melonjak marah dengan apa yang berlaku. Masalahnya, masa
benda sama jadi pada kita, semua diam dan tak bersuara.

Pada ana, Prof UMCEDEL ni tak hebat mana pun. Dr Rosti Saruwono, jawa
hebat bekas Vice President PETRONAS yang jaga UNISEL selamba sahaja
kita biarkan dia letak jawatan. Padahal dia bukan orang politik.

Lupa? Ana ingatkan.

Dr Rosti mendakwa beliau diarah pecat tiga orang pegawai dibawahnya.
Beliau tidak menyebut nama-nama itu, tetapi Exco Pendidik Dr Halimah
Ali menyebut salah seorangnya adalah ibu saudara bekas MB Selangor,
Khir Toyo.

Cadangan agar pegawai itu dipecat dikatakan atas arahan berunsur
politik. Menurut Halimah mereka yang terbabit itu setelah diadakan
penyiasatan dalaman yang menunjukkan mereka tidak profesional dan
gagal memenuhi hasrat Unisel.Kalau dilihat dari sudut lazimnya maka
wajar tiga pegawai itu dipecat atau ditukar.

Memanglah sebagai seorang berprinsip Dr Rosti tidak akan melakukan
‘suruhan’ itu dan semua orang kena hormat atas keputusannya. Dia
hendak berhenti, biarlah. Sepatutnya ramai orang macam Dr Rosti yang
tegas dan bukan sedia menjadi ‘pak ka’ atau pun kaldai tua.

Perkara ini biasa berlaku dalam dunia Malaysia ini. Campur tangan
politik telah meluas dalam apa juga aspek, tidak kira dari parti mana
dan kerajaan mana sekali pun. Bukan saja di peringkat universiti,
tetapi di sekolah rendah juga ada campur tangan politik. Banyak cikgu
besar atau pengetua ditukar kerana campur tangan politik.

Kalau di Kelantan hari-hari cikgu yang tidak sewarna simbol politik
dengan guru besar atau pun penghulu akan dipanggil dan dinasihatkan.
Kalau degil juga akan ditukar. Perkara ini sudah lama berlaku di
Kelantan dan sudah mangli. Di Kelantan penghulu boleh tukar cikgu tau!
Anihnya bila ini berlaku di Kelantan tidak ada pula orang
menggelengng-gelengkan kepalanya agar bergemercing locing sebagai
memprotes campur tangan politik itu.

Kalau kita pun campur tangan tak apa. Orang tak boleh. Apa punya
undang-undang ni?