Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini mengulangi bahawa Pulau Pinang
memerlukan landasan kedua dan mempunyai cukup tanah untuk membina
landasan tambahan.

Beliau berkata permintaan itu berdasarkan peningkatan jumlah penumpang
di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) dan pengangkutan
kargo udara juga meningkat kerana pelaburan langsung asing (FDI).

“Bagi mereka yang tidak bersetuju Pulau Pinang memerlukan landasan
kedua, anda tidak melihat kepentingan Pulau Pinang. Tolong lihat
kepentingan Pulau Pinang, jangan sabotaj kepentingan Pulau Pinang
dengan berkata kami tidak memerlukan landasan kedua.

“Pada masa sama kami yakin di Pulau Pinang landasan keduanya akan
digunakan sepenuhnya, ia akan dioptimumkan tapi di Kedah kami tidak
pasti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 12 Jun, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir
berkata Kedah bakal memiliki lapangan terbang antarabangsa baharu di
atas tanah seluas 600 hektar yang akan merancakkan lagi pertumbuhan
ekonomi di negeri-negeri di utara tanah air.

———————————————-

Pada ana elok buat di Pulau Pinang. Jangan menipu diri sendiri lah, di
Kedah landasan yang ada pun tak ramai orang guna. Ana bukan cakap
suka-suka. Tak percaya boleh pakat pi tengok sendiri. Kesian. Tak
menarik langsung.

Ana bukan nak sokong cina Pulau Pinang tapi itulah hakikatnya. Di
Penang, fuhh…airport macam KLIA2. Dahsyat. Ramai sungguh orang.

Untuk 2013 sahaja, 5.5 juta pengguna meramaikan Lapangan Terbang Cina
DAP di Pulau Pinang. Berapa ramai guna di Kedah? Untuk tahun 2013,
535,000. Itu pun semua kalangan orang yang balik kampung sahaja.
Langkawi sahaja catat 2 juta pengguna.

Airport Kulim

Mengarut anak Che Det ni. Dah tak ada modal ka? Kalau nak buat sangat,
suruh Mokhzani sahajalah buat airport. Dia duit banyak.

Setakat RM1.6 bilion tu celah kangkang Mokhzani sahaja.