Malaysia antara negara paling teruk menjalankan aktiviti perdagangan
manusia, kata Laporan Pemerdangangan Manusia 2014 oleh Jabatan Negara
Amerika Syarikat.

Laporan yang dikeluarkan Washington DC pada 20 Jun lalu meletakkan
Malaysia di Senarai Pemerhatian Tahap 3.

“Malaysia antara negara yang diturunkan status kepada tahap paling
rendah (Tier 3) kerana tidak mematuhi sepenuhnya piawaian minimum bagi
penghapusan aktiviti pemerdagangan manusia.

“Malaysia turut diletakkan di antara negara yang paling tidak
mempunyai undang-undang, bersifat menindas dan tidak berfungsi di
dunia,” Laporan Pemerdagangan Manusia 2014 Jabatan Negara Amerika
Syarika dipetik baru-baru ini.

April lalu, penggubal undang-undang Amerika Syarikat menggesa
pentadbiran Presiden Obama menghukum negara-negara yang tidak
mengendahkan aktiviti pemerdagangan manusia termasuk Thailand, Myanmar
dan Malaysia sendiri.

Laporan itu juga mendapati Malaysia telah membuat usaha-usaha yang
tidak mencukupi bagi mengatasi permasalahan itu dan pengurangan jumlah
kes yang disiasat pada tahun 2013 berbanding tahun 2012.

********************************************

Ana kesian dengan Najib. Dalam dia seronok-seronok selfie dengan
Obama, sudahnya kena pelempang apabila laporan pemerdagangan manusia
dikeluarkan. Teruknya Malaysia. Dah sampai peringkat paling rendah.

Bab ini ana setuju dengan Amerika. Malaysia ini memang lubuk untuk
orang asing. Kita ambil satu bab sahajalah PELACUR.

Malaysia lah tempat berkumpul segala pelacur-pelacur dari seluruh
dunia. China ada. Mongolia ada. Indon ada. Vietnam ada. Myanmar ada.
Iran ada. Amerika pun dan eksport pelacur ke Malaysia. Tak percaya
tengok Craiglist.kl.

Sebab itu ana selalu kata, negara ini sudah hilang barokah dan
keberkatannya. Pemimpin tidak dihargai. Muka tidak dihormati.
Keputusan macam tak diterima setiap kali.

Ana dimaklumkan oleh orang JPM, semua ini dibroker oleh Jamaluddin
Jarjis. Kira gagal lah ni.