Sikap menteri besar Selangor pada penggal kedua itu yang seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keputusan menyebabkan parti Islam negeri yang selama ini setia bersamanya, beralih arah, kata beberapa pemimpin PAS negeri.

“Pada dasarnya, inilah yang disuarakan oleh satu mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor sebelum ini, kesemua 22 Yang di-Pertua PAS kawasan di seluruh Selangor bersetuju agar Khalid ditukar kerana beliau dianggap membawa masalah,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman kepada The Malaysian Insider.

Menurut Jaafar, pelbagai isu yang berlaku di Selangor kini berpunca daripada kelemahan pimpinan Khalid yang membelakangkan parti-parti dalam PR walaupun mereka yang meletakkan beliau di kedudukan itu.

Jaafar turut mendesak PAS Pusat dan PR agar menukar Khalid dengan calon yang lebih layak dan sentiasa bersama gabungan itu.

PKR sebelum ini memulakan Langkah Kajang untuk menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Namun langkah itu terbantut selepas Mahkamah Rayuan menerima rayuan Putrajaya, dan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Keputusan mahkamah itu menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.

—————————–

 
Ana nak sampaikan rasa kecewa dengan sikap 22 YDP Pas Selangor yang mula ambil sikap belasah MB Selangor. Malahan, suruh lagi MB ini ditukar. 
 
Ana nak pesan kepada antum semua, perbuatan antum semua ini macam tak ada maruah. Waktu antum jumpa MB sebelum Kajang dahulu, bukan main berikan taat setia kepada MB. Bawa balik sedikit buah tangan untuk mantapkan Pas kawasan. Banyak jugalah duitnya. Kawasan tak diperkuat, kali ini konar baring.
 
Pada ana, nak berpolitik mesti ada semangat sokongan yang betul. Bukan bila kena bayar, konar dan sokong orang lain. Ini politik Abu Jahal. 
 
Ana dimaklumkan seorang Pegawai Khas ADUN, ini semua kerana ura-ura Azmin Ali akan jadi MB sudah terlalu kuat. Sudah tidak boleh ditahan. YDP PAS Kawasan kena ambil tindakan sokong Azmin, atau mereka tak dapat peruntukan selepas daripada ini. Mangkuk. 
 
Kepada Lebai-Lebai YDP Pas Kawasan, ana nak ingatkan Allah SWT melihat perbuatan kalian. Jangan tipu orang untuk poket sendiri.