Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan
Mohamed  tidak berpuas hati dengan pihak Kementerian Kewangan yang
telah memberikan projek Empangan Paya Beda yang bernilai RM348 juta
kepada syarikat yang tidak mempunyai kredibiliti.

Menurutnya, akibat dari pengambilan kontraktor yang tidak berkemampuan
beberapa kesan telah terjadi seperti projek itu lambat siap dan
menimbulkan banyak masalah serta empangan tersebut tidak diurus dengan
baik oleh pegawai yang terbabit.

“Antara punca projek ini bermasalah adalah kerana keputusan pihak
Kementerian Kewangan untuk melantik sendiri kontraktor tanpa melakukan
tender terbuka,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat hari
ini.

Ujarnya, kontraktor yang dilantik iaitu JAKS Resources Berhad juga
didapati bermasalah kerana kontraktor tersebut tidak mematuhi syarat
yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB).

“Mereka sepatutya mendapatkan lesen untuk membuat empangan, tetapi
sebaliknya pula berlaku. Mereka tidak mempunyai lesen untuk membuat
empangan,” katanya.
Kata Jazlan lagi, pihaknya sendiri tertanya-tanya mengapakah pihak
Kementerian Kewangan memberikan projek tersebut kepada pihak yang
sudah diketahui tidak berkemampuan untuk melaksanakan projek tersebut.

———————————-

Ana puji anak Mat Rahmat Bulldog kerana berani buat kritikan pedas
yang macam ini. RM348 juta projek kepada syarikat yang tidak ada
pengalaman. Ana nak tengok mana orang UMNO yang masih pertahan UMNO
dan gomen dengan rasuah yang macam ini.

Sebab itu negara kita hutang banyak. Projek diberi macam belanja roti
canai. Ikut suka hati. Tak ada pengalaman. Tak ada sijil CIDB. Pun
dapat projek ratusan juta. Ini kerja gile boss.

Bila kita tengok dalam senarai Board of Director JAKS Resources,
Razali Merican Naina Merican ada nama. Adik dalam PAC, Reezal Merican
Naina Merican.

Maknanya, memang Jazlan ini berani orangnya. Dia tak peduli. Balun
semacam. Pada ana, keberanian ini memang luar biasa.

Tahniah lah orang UMNO. Rasuah masih bermaharajalela.