Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengutuk tindakan Majlis Agama
Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
berhubung keengganan mereka memulangkan semula Al Kitab walaupun telah
mendapat arahan daripada Peguam Negara.

Menurutnya, tindakan dan sikap MAIS itu telah menjejaskan dan
mencemarkan imej Islam di mata masyarakat.

“Ia menunjukkan seolah-olah kita tidak menghormati kitab suci agama
lain. Walaupun ternyata ia tidak ada kaitan bagi menyebarkan agama
Kristian kepada orang Islam,” katanya dalan satu sidang media di Dewan
Rakyat hari ini.

Ujarnya lagi, tindakan MAIS yang kini sedang menjadi tumpuan
masyarakat ekoran keengganan mereka memulangkan Al Kitab itu tidak ada
kaitan dengan PAS.

“Kalau nak tengok sikap PAS, tengok pentadbiran Kerajaan Negeri
Kelantan.  PAS di Kelantan tidak pernah merampas kitab agama lain,”
katanya.

Jelas Khalid lagi, Exco Agama  Negeri Selangor, Sallehen Mukhyi juga
telah mempertikaikan tindakan MAIS.

“Hal ini adalah satu masalah kerana MAIS tidak dengar cakap Kerajaan
Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.

—————————————-

Kalau nak sangat bagi sahajalah. Apa yang nak kecoh-kecoh. Bab ini
kita memang sokong Khalid Samad lah. Tak perlu kecoh.

Khalid Samad masuk gereja beratus kali. Tak jadi Father pun. Ok aje
sokong Pas. Bagus sahaja sokong DAP. Tak pernah sikit pun dia nak
masuk Kristian.

Ana pun sokong Najib bab ini. Pulang sahajalah bible Melayu tu. Apa ada hal.