Dalam satu tinjauan yang ditanggung oleh The Malaysian Insider,
Merdeka Center mendapati 13% responden mengundi parti berbeza daripada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu, dengan 29% mengatakan
mereka berbuat begitu kerana mahu melihat lebih banyak perubahan.

Menurut tinjauan itu, pengundi merasakan politik pembangunan dan calon
tempatan BN merupakan kunci kepada kemenangan BN.

Kajian mendapati 14.7% merasakan DAP kalah kerana Dyana Sofya tidak
berpengalaman sementara 9.4% mengatakan ia adalah kerana beliau bukan
anak tempatan dan 11.7% percaya ramai pengundi muda tidak pulang
mengundi dalam PRK itu.

Tinjauan itu juga mendapati DAP tidak berjaya memberikan penjelasan di
semua tempat mengapa mereka meletakkan calon tidak berpengalaman itu
sementara BN berjaya meliputi hampir keseluruhan kawasan Teluk Intan.

72% daripada responden yang ditinjau dari 6 Jun hingga 8 Jun berkata
mereka menerima mesej daripada pasukan kempen BN melalui telefon
bimbit mereka berbanding hanya 31% yang menerima daripada DAP.

“Apabila mencuba idea atau pendekatan baharu, kempen informasi secara
massa diperlukan untuk menjelaskan sebabnya kepada pengundi; sebab itu
jangkauan komunikasi pilihan raya penting. Kempen atas talian sahaja
tidak mencukupi,” kata Ibrahim.

Sementara 35% pengundi berkata mereka berinteraksi dengan pasukan
kempen BN di Teluk Intan dan hanya 23% berinteraksi dengan pasukan
kempen DAP.

Kajian juga menunjukkan DAP tertinggal di belakang kerana Mah biasa
dengan penduduk Teluk Intan.

Hampir separuh (45%) responden yang mengundi BN bulan lalu berkata Mah
berbanding BN merupakan sebab utama pilihan mereka.

Presiden Gerakan itu lahir dan dibesarkan di kawasan Parlimen tersebut
tetapi Dyana Sofya tidak dikenali sebelum diletakkan sebagai calon;
peranan peguam muda itu dalam politik sebelum kempen PRK Teluk Intan
hanya sebagai pembantu Lim Kit Siang.

65% peratus responden yang mengundi Dyana Sofya melakukannya kerana
parti dan bukan kerana pencalonannya.

**********************************

Kita harap sangat pemimpin DAP yang masih hidup mahupun yang masih
mati, dapat baca laporan Merdeka Centre yang ditaja Malaysian Insider
ini dengan hati terbuka. Tak payah nak salah hudud. Tak payah nak
marah Pas.

Puncanya adalah DAP sendiri. Salah pilih calon. Tak ada pengalaman.
Harapkan muka sahaja manis.

Ana sengaja nak besarkan isu ini sebab banyak sangat bunyi kata kita
adalah punca kekalahan di TI. Pada ana, ini semua jenis ahli politik
tak bijak. Ikut sedap mulut sahaja.

Cuba tengok angka laporan Merdeka Centre. Nak percaya atau tidak?
Merdeka Centre memang sokong kita dari dulu. Sokong Pakatan Rakyat.

72% pengundi kata mereka terima bahan kempen BN secara sms dan media
baru. Bila kita minta bajet RM100,000 dengan DAP untuk sms blasting,
mereka ejek dan kata kita mata duitan. Bila kalah macam ini?

Pada ana, 1143 orang ahli PAS yang tidak turun mengundi di Teluk Intan
dah bosan dengan perangai buruk DAP. YB yang mampus di Teluk Intan
dulu pun bukan tolong kita. Minta bajet sentiasa elak. Tak mahu bagi.

Sekarang….hambik obat.

Advertisements