http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/28805-raja-baharin-nafi-diisytihar-muflis

Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad tidak putus-putus menerima
panggilan telefon ekoran desas-desas beliau diisytiharkan muflis,
lapor portal berita The Malaysian Insider.

Justeru, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menafikan khabar angin
yang mengatakan beliau dikenakan tindakan muflis oleh Mahkamah Tinggi
Kuala Terengganu.

“Macam mana ia boleh tersebar pun saya tidak tahu. Saya tidak buat
apa-apa pinjaman, yang ada hanyalah pinjaman membeli kereta sahaja,”
kata Raja Baharin kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, sejak jam 6.00 petang semalam, beliau tidak
putus-putus menerima panggilan telefon mengenainya termasuk daripada
pimpinan PAS dan juga wartawan.

Menurutnya, seorang wartawan sebuah stesen TV memberitahu beliau,
berita itu mereka mula dengar selepas tiga hari Menteri Besar
Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan dan meninggalkan
Umno bulan lalu.

********************************************

UMNO Terengganu nak buat lawak lah ni. Macam lah kalau ada PRK mereka
boleh menang di Kuala Terengganu. Buat sakit badan sahaja.

Ana dimaklumkan Ketua Bahagian KT adalah antara orang yang paling
pasang badan kononnya dia akan diletakkan sebagai calon di Kuala
Terengganu. Kalau Teluk Intan bolehlah menang. Rasanya di
Kuala…sakit nak menang bohh.

Bukan rahsia lagi, UMNO terengganu masih teruk berpecah. Depan sahaja
senyum. Belakang masing-masing bawa pisau nak tikam kawan-kawan
sendiri. Kita tak boleh lupa bagaimana Wan Farid Wan Salleh, kononnya
orang paling bijak dalam UMNO, akhirnya tewas melingkup. Nak rasa
kalah…sila lah buat MP Terengganu muflis. Melingkup lagi lah.

Pada ana, fitnah macam ini benda biasa. Ada orang nak dapat tempat.
Ada orang teringin nak jadi wakil rakyat. Akhirnya makan diri sendiri.

Yang ana diberitahu, dua DUN di KT, Ladang dan Wakaf Mempelam yang YB
kita injured dan sakit. Ana tak tahu betul atau tidak. Tapi kalau
dua-dua ini PRK, ana yakin kita menang 2-0. Menang besar. Tak perlu
Anwar dan Kit Siang turun pun kita menang lagi.

‘This is Kuala Terengganu bohh…’.