Ulama’ Ulung UMNO (U3) Dr Asri Zainal Abidin heboh mengatakan JAIS
sudah seperti Taliban di Malaysia. Ana pun tak tahu apa pandangan
masyarakat umum kepada Ustaz yang kurang kasih sayang ini.

Ana suka Dr Asri. Orang baik. Orang yang ada ilmu tinggi. Tapi bab
serang majlis orang Hindu ini ana sokong JAIS.

Dr Asri kena sedar diri, pengalaman dia hanyalah sebagai Mufti. Mufti
ini tugasnya mudah. Buat hukum. Yang masalah adalah orang yang
melaksana hukum. Kena ingat bagaimana Mufti di Selangor kena teruk
sebab haramkan wanita Islam sertai ratu cantik. Kiri kanan kena balun.
Itu melaksana hukuman. Bukannya buat fatwa.

Pada ana, PAS Selangor kena sokong JAIS habis-habisan. Sokong penuh.
Ugut nak keluar Pakatan kalau MB belasah JAIS.

Ana bukan apa, keputusan Teluk Intan sudah cukup jadi alasan. 3 % undi
Melayu sudah lari daripada kita. 3 % ini kalau nationwide, maknanya
kita hilang 5 kerusi Parlimen dan 12 DUN lagi. Bukan main main.

Kalau kita masih nak main POLITIK DUREX, POLITIK KONDOM jawabnya kita
makin masalah. PAS kena tunjuk ekstrim dan ganas.

Orang Melayu suka benda ekstrim dan ganas. Kalau PAS ada ekstrimisme
barulah kita boleh berentap dengan UMNO. Kalau kita jenis tak berani.
Jawabnya…hauslah.

Ana tak ada masalah langsung kalau JAIS nak jadi TALIBAN. Negara ini
patut jadi negara Islam sepenuhnya. Kalau perlu jadi Taliban. Kita
jadi Taliban.