Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
“tidak derhaka” dan menteri besar Pakatan Rakyat itu hanya mengikut
undang-undang tubuh negeri.

Gabungan pembangkang, tambahnya, menubuhkan panel peguam untuk
mengkaji kesahihan pelantikan menteri besar baru Perak, Datuk Dr
Zambry Abd Kadir.

Beliau juga menjelaskan, Pakatan Rakyat akan terus menerangkan kepada
orang ramai apa yang sedang terjadi di negeri itu dan menggesa para
penyokongnya membantah secara aman.

Mereka dijadual mengadakan sidang media jam 4.30 petang ini, mengulas
perkembangan terkini di Perak yang menyaksikan kewujudan dua menteri
besar – Datuk Dr Zambry Abd Kadir bagi pihak BN dan Datuk Seri Mohamad
Nizar Jamaluddin bagi pihak Pakatan Rakyat.

kemaskini 4.17pm Difahamkan exco kerajaan Kedah, V Arumugam yang
dilaporkan “gagal dihubungi” masih bersama PKR.

Kebimbangan tentang “kehilangannya” cepat merebak susulan wujud
dakwaan terdapat usaha seumpama Perak sedang dilakukan terhadap
kerajaan Pakatan di Kedah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu
pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

kemaskini 3.20pm Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong
Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling
batu oleh penunjuk perasaan.

kemaskini 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di
kawasan masjid.

——————–

Tak ada yang menyedihkan pada ana apabila perginya Raja yang
merosakkan kepimpinan Pas di Perak. Pada ana, tidak ada yang perlu
ditangisi.

Tak perlu rasanya kita berlakon kononnya memberi hormat dan
sebagainya. Luka yang dibuat kepada kita terlalu dalam. Tak cukup
dengan mohon maaf sahaja.

Ana bukan orang Perak, tetapi ana tidak sangka seorang Raja boleh jadi
begitu candu kepada kepimpinan UMNO. Tak sangka. Sepatutnya, Tuanku
kena ambil bagaimana Sultan Selangor memimpin negeri. Hebat. Terbuka.
Bukannya macam itu.

Pada ana, hari ini macam biasa. Tak ada istimewa.