http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/perspektif-baru-hudud-mujahid-yusof-rawa

Kesan Pada PR

Gelombang kedua isu hudud juga meletakkan PAS dalam posisi yang
berbeza, kalau 90-an dahulu PAS tidak ada rakan kecuali parti Semangat
46, itupun terbatas kekuatannya hanya di Kelantan, namun kini PAS
punya rakan daripada DAP dan PKR sehingga membawa PAS mempunyai
pengaruh besar di pantai barat Semenanjung.

Sokongan masyarakat bukan Melayu bertambah malah memenangkan PAS di
tempat yang dianggap campuran. Sesuatu yang PAS kena akur bahawa di
kawasan-kawasan ini, pengundi Cina dan India mengundi PAS kerana
kesepakatan yang ada dalam PR dan manifesto bersama yang diusung
kemana-mana sahaja pimpinan PAS pergi.

Implikasi kepada isu hudud ialah pengundi Cina akan merasakan bahawa
suara mereka kepada PAS dikecewakan dengan hudud lantaran kesan
pengundian untuk PRU akan datang pasti akan terjejas sedikit sebanyak
tidaknya jika ianya tidak ditangani dengan baik. Begitu juga dengan
semangat politik baru yang cuba diketengahkan oleh PR dengan agenda
fajar baru, politik baru dan impian Malaysia seolah menjadi
anti-klimaks dengan isu hudud yang sifatnya adalah lokal, iaitu untuk
keperluan Kelantan sahaja.

Politik inklusif yang menjadi agenda PR dan agenda reformasi institusi
undang-undang dan penguatkuasaan seoalah-olah dialih pandangan kepada
isu hudud yang sifatnya terlalu eksklusif untuk orang islam sahaja.

Dengan kemunculan isu hudud perdebatan yang tak habis-habis didebatkan
ialah adakah Malaysia negara sekular atau tidak membawa rakyat kepada
sesuatu yang tidak produktif untuk perubahan yang diperlukan.

Kesepakatan PR

DAP pernah keluar pada tahun 2001 dari Barisan Alternatif (BA) kerana
membantah isu ‘Negara Islam’ yang PAS pertegaskan setelah bersama
dalam PRU 1999. Pada tahun 2008 DAP kembali melalui PR melalui
penubuhannya secara rasmi pada tahun 2009.

Satu persefahaman atas Common Policy Framework (CPF) hanya
mengisyaratkan komitmen kepada Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
sebagai sesuatu yang mesti dipertahankan.

Isu perlaksanaan hudud di negeri yang PAS perintah seperti Kelantan
tidak menjadi persefahaman PR. Sebab itulah apabila isu hudud muncul
semula asas persefahaman ini mula dipertikaikan oleh rakan PAS.

Walaupun PAS mempertahankan sikapnya bahawa isu hudud sudahpun wujud
sebelum adanya PR, namun bagaimana ia disesuaikan dalam CPF belum lagi
jelas kelihatan.

Kepimpinan PR harus ambil serius hal ini kerana akhirnya persepsi
pengundi kepada PR akan terjejas dan satu rumusan awal tidak dapat
dielakkan lagi bahawa PR tidak bersatu sedangkan PR ada agenda besar
iaitu menjadi Kerajaan Persekutuan di masa hadapan.

Sokongan pengundi pastinya akan terjejas khususnya pengundi Cina dan
golongan pertengahan Melayu tyang idak akan yakin kemampuan PR
menyelesaikan masalah kesatuan mereka.

** Ana tak tahu apa lagi nak kita lakonkan. DAP memang jelas nak tolak
Hudud – Mujahid masih lagi percaya ada ruang untuk Pakatan bersatu
menyelesaikan hal ini?

** Pada ana kita kena berhenti berlakon dan berharap DAP akan faham.
DAP tidak akan faham.

** Waima Melayu Bangsat macam Dyana Sofya pun janji nak tolak Hudud.
Dia Melayu. Dia Islam. Cumanya dia DAP. Dia pun tolak Hudud.