Pada ana, kita ni jangan jadi Pak Sanggup lah. Dah tahu UMNO suka nak gali lubang bagi kita jahanam, yang kita masih sibuk nak join muzakarah ini sebab apa? Ana tak faham.
Kita dah buat ketetapan, buat masa ini hudud kita tangguhkan dahulu. Fokus kepada Bukit Gelugor dan Teluk Intan. Pastikan adik manis kita Dyana Sofya menang. Itu lebih penting.
Ana nak beritahu, Dyana Sofya adalah lambang kesepakatan kita dengan DAP. Kalau kita berjaya pastikan Dyana menang, makna kata barulah betul DAP perlukan PAS jika nak memerintah negara. Harga kita pun naik sedikit. Tak macam sekarang.
Pada ana, anak Dusuki di YADIM memang sudah diberikan bajet besar untuk jahanamkan imej kita. Dilantik pula jadi Senator. Tanda apa? Nak suruh dia jadi penjahanam Pas nombor wahid lah tu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa, keadaan itu berpunca daripada tindakan BN yang memainkan politik wang dalam kempen PRK tersebut.

“Kita tahu kita masih di belakang, BN masih mendahului DAP kerana mereka banyak guna taktik kotor.

“Main politik wang, gertak ahli Rela bahawa hanya bila BN menang baru dapat uniform baru.

“Itulah nilai undi BN, sama sehelai uniform baru,” katanya pada sidang media selepas melancarkan lori ‘Trak Ubah untuk Dyana’ di Bandar Baru Teluk Intan di sini tengah hari ini.
 
Pada ana, kita mesti usaha supaya Guan Eng yakin dengan Pas. Jangan lupa. Guan Eng pegang dana banyak. Kalau kita tak yakinkan Guan Eng, blogger macam ana pun tak dapat pay. Payahlah nak buat kerja.