Pada ana lah, kumpulan Pemuda UMNO Kepala Batas yang pergi menyerang
DUN dulu tak ubah macam samseng upahan dalam cerita Pendekar Bujang
Lapok. Setakat itu ajerlah standard Pemuda UMNO. Macam garang. Tetapi
sebenarnya lembik.

Salah seorang yang datang semalam dikatakan “Sham Boroi”. Sham Boroi
ini makan gaji dengan ramai orang. Dia makan gaji dengan Hishammuddin.
Dia makan gaji dengan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas. Dia makan gaji
dengan ramai lagi orang.

Pada ana, gelagat macam budak bodoh yang ditunjukkan oleh Pemuda UMNO
ini melambangkan mereka berdepan dengan tekanan.

Seorang yang turut masuk ke dalam Dewan mengaku dengan orang di luar,
kalau kami tak dapat bayaran…kami tak akan buat benda macam ini. Dia
sendiri mengaku. Berapa ringgit dapat bro?

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/28047-serbu-dun-ketua-polis-pulau-pinang-wajar-letak-jawatan

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi wajar
meletakkan jawatan kerana gagal mengawal keselamatan di Dewan Undangan
Negeri (Dun) tengah hari tadi.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, kejadian merusuh oleh
ahli dan penyokong Umno itu satu tindakan kurang ajar kerana tidak
menghormati undang-undang sedangkan di dalam Dun mana-mana pihak tidak
boleh bertindak sedemikian kerana ia terikat dengan peraturan dewan.

“Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi kena letak jawatan
kerana tidak menghalang tindakan ahli dan penyokong Umno yang
bertindak kasar menyerang Dun. Patut mereka menghormati Dun,” ujarnya
yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Kalau Ketua Polis PP tidak letak jawatan…dia memang taraf Sham Boroi
lah. Kaki rembat.