Bekas AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani
Abdul Rahman kembali ke rahmatullah kerana komplikasi darah tinggi dan
buah pinggang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),
Cheras 12.05 tengah hari ini.

Menurut menantu keempat Allahyarham, Mahazan Hashim, ketika ini
jenazah masih berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
bagi urusan mengeluarkan jenazah.

Sejurus itu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Bandar Tun
Razak, Kuala Lumpur, sementara nmenanti kepulangan seorang anaknya
yang menuntut di Mesir.

Jenazah Allahyarham dijangka akan disempurnakan dan disolatkan pada
jam 2.30 petang ini, di Surau Al-Mustakimah, Bandar Tun Razak, dan
seterusnya dibawa ke Melaka untuk dikebumikan di kampung halamannya.
di Tanjung Bidara.

Allahyarham sebelum ini hampir sebulan menerima rawatan di HUKM ekoran
komplikasi penyakit yang dihidapinya.

Pada Khamis lalu, keadaan Allahyarham semakin merosot apabila doktor
mengesahkan terdapat jangkitan kuman di dalam badan Allahyarham dan
dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Sejak Khamis lalu, Allahyarham sudah tidak sedarkan diri sehingga
menghembuskan nafas terakhir di samping isteri dan anak-anaknya.

——————-

Ana cukup sedih dengan pemergian Ulama’ hebat macam Ustaz Ghani.
Inilah antara contoh pejuang PAS yang tidak mementingkan diri dalam
mempertahan pendirian.

Level Ustaz Ghani, pada ana, jauh lebih tinggi dari kalangan Ulama’
Pembodek yang ada disekeliling Najib. Ana tak pyh sebut namalah. Semua
kaki nak dapat duit lebih.

Ana dimaklumkan, Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia pun lebih
kurang kaki ampu dan rasuah. Masukkan anak sendiri ke dalam IWM dan
minta gaji yang tinggi. Kakitangan di JPM pun semua pelik dengan
mudahnya menipu demi keluarga dan anak sendiri.

Cuba check, dana RM7juta yang IWM dapat itu pergi ke mana? Apa program?

Ana mendoakan Ustaz Ghani beroleh syurga yang tenang dan abadi. Amin.