Ana bukan kenal sangat dengan anak dara DAP ni. Nampak macam budak
yang bijak dan baik. Kebodohan blogger UMNO, keluarkan gambar pakai
bikini. Sekali gambar itu bukan gambar Dyana Sofya. Bodoh belum habis
nampaknya blogger UMNO ni.
Pada ana, yang kita Pas kurang adalah anak-anak dara yang macam Dyana
Sofya ini. Biarlah kalau ahli kita seksi sikit pun. Nak tarik anak
muda lain bukan mudah. Bila DAP berjaya menarik budak macam Dyana ini,
kita putih mata.
Ana cuma nak tanya, apa jadi dengan Lujnah Latihan dan Kaderisasi
kita? Berjalan atau tidur?
Makluman yang ana dapat, ramai TNC/VC yang nak bantu kita dekat dengan
students di IPT. Tapi bila yang datang Pak Cik Tua Janggut sampai ke
dada, anak-anak dara ini pun takut nak dekat. Janggut bukan main
panjang. Tapi kalau jeling bontot anak dara di IPT, bagai nak keluar
air mazi.
Ana cakap ikhlas ni. Perlu betulkan. Biarlah kalau penggerak kita
pakai tudung bawal pun. Tak pakai tudung pun tak apa. Janji kepala
bersama dengan kita.
Bila DAP dapat Dyana, kita dapat apa? Dayak pun belum tentu kita
dapat. Elok diperbaiki cara kita dekatkan diri dengan anak muda. Kena
perbetulkan. Tak boleh macam ini. Kelaut kita.
Mei 15, 2014
Dyana Sofya di Teluk Intan – Terbaik
Posted by satupas under PAS | Label: DAP, Dyana Sofya, PAS, Penyokong Pas, UMNO |[4] Comments
Mei 19, 2014 at 1:57 pm
aiii.. sejak bila pas jadi mcm ni..
“Ana cakap ikhlas ni. Perlu betulkan. Biarlah kalau penggerak kita pakai tudung bawal pun. Tak pakai tudung pun tak apa. Janji kepala bersama dengan kita.”
Makin kuranglah kepercayaan aku PAS = Islam. Aku silap rupanya… PAS sama je dengan UMNO, PKR, DAP, MCA, MIC. tetap sebuah parti politik yang boleh langgar apa aje demi kuasa.
Mei 20, 2014 at 12:01 pm
En Azam…. baru tau ya…
Perihal para pemimpin PAS yang BERSIH dari rasuah tu tau tak… bersih sangat….semua nya berjuang kerana Allah saja…..bukan sebab kuasa…bukan sebab wang ringgit… serius ni… serius sangat…
Mei 19, 2014 at 4:55 pm
kawan aku org PAS pun undi DAP taun lepas kat teluk intan..kali ni aku nk tgk..org PAS akan beri undi jugak tak pada Dyana ni yang terang-terang akan undi tolak HUDUD kat parlimen..org melayu 38% kat teluk intan ni..tertunggu2 nk tgk pendirian orang melayu PAS kali ni..
Mei 19, 2014 at 7:32 pm
betul la orang cakap admin ni lebih merupakan perosak pas, pemikiran begini hanya sesuai untuk penggadai agama.