Dyana Sofya Mohd Daud 2013Ana bukan kenal sangat dengan anak dara DAP ni. Nampak macam budak
yang bijak dan baik. Kebodohan blogger UMNO, keluarkan gambar pakai
bikini. Sekali gambar itu bukan gambar Dyana Sofya. Bodoh belum habis
nampaknya blogger UMNO ni.

Pada ana, yang kita Pas kurang adalah anak-anak dara yang macam Dyana
Sofya ini. Biarlah kalau ahli kita seksi sikit pun. Nak tarik anak
muda lain bukan mudah. Bila DAP berjaya menarik budak macam Dyana ini,
kita putih mata.

Ana cuma nak tanya, apa jadi dengan Lujnah Latihan dan Kaderisasi
kita? Berjalan atau tidur?

Makluman yang ana dapat, ramai TNC/VC yang nak bantu kita dekat dengan
students di IPT. Tapi bila yang datang Pak Cik Tua Janggut sampai ke
dada, anak-anak dara ini pun takut nak dekat. Janggut bukan main
panjang. Tapi kalau jeling bontot anak dara di IPT, bagai nak keluar
air mazi.

Ana cakap ikhlas ni. Perlu betulkan. Biarlah kalau penggerak kita
pakai tudung bawal pun. Tak pakai tudung pun tak apa. Janji kepala
bersama dengan kita.

Bila DAP dapat Dyana, kita dapat apa? Dayak pun belum tentu kita
dapat. Elok diperbaiki cara kita dekatkan diri dengan anak muda. Kena
perbetulkan. Tak boleh macam ini. Kelaut kita.

Advertisements