Adakalanya, untung juga jadi ahli PKR ini. Mana tidak, seorang kawan
ana di Shah Alam kata, setakat hari ini, dia sudah mendapat koleksyen
wang sebanyak RM2000. Macam-macam pihak datang hulur katanya. Ada yang
hulur RM300. Ada yang RM250. Ada yang RM100. Ikut jawatan.

Pada ana, ini antara kerugian kalau kita ada dalam Pas. Bukanlah ana
kata tak pernah dapat, pernah. Tapi tidaklah sampai RM2000 untuk undi
di Cabang. Ini sudah kira hebat.

Pada ana, ini beza pemilihan PKR dan kita dalam Pas. Nak kata kita tak
pakai duit langsung pun tak betul juga. Ana tak boleh menipu. Ada.
Tapi tak lah banyak.

Pada ana, pemilihan PKR ini lebih mirip kepada pemilihan dalam UMNO.
Semuanya pakai duit. Kalau tak cash, mereka minta no akaun bank.
Transfer. Mereka pakai maybank2u dan cimb clicks. Hebat semua urusan
dalam talian.

Pada ana, penyakit sama dalam PKR sekarang ini. Malah lebih teruk daripada UMNO.

Ini adalah laporan Sinar:-

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mengesahkan sebanyak 10 cabang
telah dibatalkan dalam pemilihan parti itu di Selangor, bukannya 12
seperti yang dihebahkan sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata, pembatalan pemilihan cabang
tersebut dibuat setelah meneliti segala aspek yang mana boleh
mengganggu proses keputusan akhir itu nanti.

Menurutnya, JPP mendapati kekalutan yang berlaku dalam pemilihan
kelmarin berpunca daripada kelewatan proses pengundian berjalan dan
lokasi yang tidak sesuai.

“Negeri Selangor mempunyai keahlian sebanyak 160,000 orang dan pada
pemilihan kali ini Selangor menerima pencalonan lebih 2,000 orang.

“Dengan jumlah besar itu, sudah pasti berlaku sedikit kekecohan dan
kita kenal pasti beberapa perkara yang menyebabkan perkara itu
berlaku, kami pandang serius perkara itu,” katanya kepada pemberita
pada sidang media di Ibu pejabat PKR semalam.

Antara 10 cabang dibatalkan ialah, Hulu Langat, Sabak Bernam, Sungai
Besar, Subang, Klang, Selayang, Kota Raja, Kuala Selangor, Hulu
Selangor dan Kapar.

——————————

Yang jadi rosak, itu semua kawasan penting dalam PRU. Ada
sebahagiannya kita yang bertanding. Kalau bergolak macam
ini…jawabnya almarhum lah kawasan ini nanti.