http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/27759-lebih-3-000-kaum-cina-mohon-jawatan-konstabel-polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 3,314 permohonan untuk jawatan
konstabel daripada masyarakat Cina sejak dua bulan lepas, kata
Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) PDRM Bukit Aman, ACP Saiful
Azly Kamaruddin.

Beliau berkata jumlah permohonan itu adalah paling tinggi pernah
dicatat dalam sejarah PDRM.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,094 merupakan permohonan dari
golongan lelaki dan 1,220 permohonan kaum perempuan,” katanya dalam
sesi wawancara Perkembangan Eksesais Pengambilan Khas Jawatan
Konstabel dalam Kalangan Kaum Cina dalam Kerjaya PDRM 2014 di sini
semalam.

Beliau berkata calon akan disenarai pendek bermula 25 Mei ini sehingga
bulan Jun dan mereka yang dipilih perlu menghadiri sesi ujian fizikal
dan temuduga.

Bilangan kaum Cina yang berkhidmat dalam PDRM ketika ini hanya 1.87
peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja PDRM.

Saiful Azly berkata kelonggaran syarat bagi kaum Cina adalah hanya
perlu lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus keputusan V/6/9 dalam ujian
penglihatan mata atau dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.

“Walaupun pengambilan kali ini hanya untuk jawatan konstabel, namun
pemohon yang yang berkelayakan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan
diploma juga akan dipanggil untuk sesi pengambilan jawatan mengikut
kelayakan masing-masing pada masa akan datang,” katanya.

—————–

Ana cukup berharap abang-abang PDRM yang pakar makan suap dan rasuah,
jangan lupa ajar cina-cina konstabel baru dengan kaedah rasuah dan
makan suap. Ini sahajalah cara untuk kita melemahkan mereka.

Bila Cina dah pandai makan suap dan terima rasuah, barulah kita sama
level. Ini tidak. Mereka kerja kuat. Kita makan suap. Sudahnya. Mereka
ada bisnes. Kita jadi pak sanggup.

Ana alu-alukan dengan kehadiran anak-anak cina yang tak pandai ini ke
dalam PDRM. Elok sangat. Biar mereka belajar macamana teknik makan
suap dan rasuah. Kalau mereka dah pandai nanti, bangsa mereka pun sama
jahanam macam bangsa kita.

Ini macam baru bagus.

Kita bukan tak tahu cerita Polis dengan rasuah ini. Maksimum bai. Tan
Sri Musa Hassan boleh beritahu berapa teruknya. Memang dahsyat. Jadi
Ketua Polis Negeri pun boleh sapu harta juta-juta bai. Meriah.

Ana nak tabik spring kepada anak-anak cina yang masuk Polis ini.
Tahniah. Anda sudah berada di jalan yang tepat. Waktu untuk makan suap
dan terima rasuah.