Kahkahkah. Dah tak ada kerja lain agaknya. Sampai mana-mana pun nak
selfie. Dapat Presiden parti pun kaki selfie. Segala tempat nak
selfie.
Kita ucap tahniah kerana Pemuda UMNO nampaknya sudah buat kata
sepakat, apa pentingnya nama MELAYU di dalam borang rasmi kerajaan.
Tak perlu. Kata NKP UMNO Malaysia, kejayaan bukan pada nama dan
borang. Kejayaan kerana kerja kuat dan kesungguhan.
Hangpa semua boleh cakaplah, semua dah kaut RM5/6 juta seorang untuk
diri sendiri. Ada jawatan khianat. Bangsa sendiri diliwat dengan
pembohongan dan jual kontrak. Tak apalah, itu nanti antum jawab di
Mashyar lah.
Soalnya, kalau betul MELAYU itu tidak penting pada borang, apa kata
Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu (PEKEMBAR) itu ditukar nama. Tak
perlu. United Malays National Organization. Buat UNO. United National
Organization. Baru sesuai dengan semangat 1Malaysia. Itu baru betul
MELAYU tak penting.
Inilah khianat namanya. Khianat dengan amanah.
Ana orang Pas. Ana respek keputusan orang Melayu nak percaya UMNO
daripada Pas. Walaupun korup, makan rasuah, penuh dengan najis haloba
dan kuasa, tetap orang Melayu sokong UMNO. Ana terima.
Tapi ana kesian, bilamana orang-orang ini percaya, tapi antum semua
khianat dengan parti sendiri. Khianat dengan orang kampung.
Di kampung, antum cakap pasal kerajaan baik, tolong rakyat, beri BR1M,
bagi bantuan macam-macam. Yang antum tak cakap, projek berjuta-juta
yang antum sakau untuk diri antum sendiri. Kenapa tak cakap. Antum tak
cakap antum berbini 2. Antum tak cakap antum hantar anak sekolah
swasta dengan yuran RM40k satu semester. Sedang orang kampung kena
seronok dapat RM650 setahun.
Tapi orang Melayu masih suka antum kan. Teruskan.
Mei 9, 2014 at 7:56 am
kalo PAS x bersekongkol dgn DAP & PKR..mungkin sokongan org melayu 50-50.. xpe la sheikh pucuk pimpinan PAS pun sibuk nak sokongan kaum cina jugak..sebab tu boleh bg kerusi PAS kat johor cina yg bertanding..parti sheikh pun ada HUDUD..laksanakan hudud pedulikan tentangan MCA dan DAP..mungkin org melayu akan mula respek PAS nnt..UMNO pun yg org melayu bg undi sebab tak suka DAP..kalo UMNO berterusan ikut tuntutan kaum cina, pru14 nanti mmg masak la UMNO..
Mei 9, 2014 at 3:42 pm
woii!!… kau dah takde isu lain nak tulis ni….
pasal selfie pon jadi isu!!!..cari la isu lain pak syekh hoi!!
aku tengok dalam seminggu dua ni tulisan kau bukan main marah lagi… ape.. tak dapat ke?… alaa ape susah ..nikah la lagi sorang!!!
Mei 19, 2014 at 2:40 pm
BN bersama MCA
PAS bersama DPA
apa beza? mohon pencerahan.
jangan asyik menghukum orang khianat ke x.
tengok dekat diri sendiri, parti sendiri.
baik perbaiki parti sendiri. kalau xnak dicop pengkhianat. cuba PAS xperlu sengkokol dengan DAP.
PAS dgn BN ade beza ke?
aish. nilah manusia kalau tak guna akal bila bercakap