Ana kadangkala susah juga nak jaga adab dan akhlak bila berdepan
dengan ulama’ macam ISMA ini. Pelik ana, macamana mereka ini boleh
dapat pendidikan tinggi. Pandangan mereka ada kalanya kurang matang.
Lebih teruk daripada budak darjah 1 sekolah agama. Orang macam ini pun
UMNO BN laknatullah nak pakai.

ISMA kata, kedatangan orang Cina ke Malaysia adalah satu bentuk
PENCEROBOHAN kepada untung nasib orang Melayu. Ana tak tahu nak gelak
ke tidak. Pada ana, kalau tak ada orang Cina di Malaysia, rasanya
negara ini masih lagi pakai cawat dan duduk dalam hutan. Orang Cina
macam keluarga Kit Siang, Guan Eng, Chin Peng lah yang banyak jasa
mendidik kita tentang kemajuan.

Sebab itu ana kata, ulama’ ISMA ini macam ISMA ALIFF sahaja levelnya.
Buat lawak bodoh dan tidak maju.

http://www.ismaweb.net/2014/05/kedatangan-pendatang-cina-bersama-penjajah-british-satu-bentuk-pencerobohan/

“Orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh.

“Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil
pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?

“Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas
dan membuli orang Melayu,” ujarnya hari ini dalam satu kenyataan.

Tambah beliau juga, ini merupakan satu kesilapan orang Melayu
terdahulu yang harus diperbetulkan.

“Tiada siapa yang berhak untuk menggadai kedaulatan Islam dan Melayu
di Tanah Melayu ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian mengulas suara-suara yang mempertikaikan
kenyataannya baru-baru ini apabila beliau membidas golongan bukan
Islam yang menentang hudud dan menyifatkan mereka sebagai tidak sedar
diri dan tidak wajar campur tangan dalam urusan umat Islam.

— Aduhai kalau level ini lah intelektual kumpulan ISMA ini, malang
sungguh nasib kita orang Melayu. Mengecewakan sungguh.

Kalau masih lagi nak bercakap soal ceroboh macam ini, jawabnya
Malaysia makin jauh ketinggalan.

Macam ana cakap dulu, ana lebih percaya DAP daripada UMNO BN Lakna……

Apatah lagi UMNO yang makan rasuah. Hiii….najis mughalazah kepada umat Islam.