kiara viewKenyataan menyamakan wanita bertudung yang menyertai Himpunan Bantah
501, di Dataran Merdeka, Khamis lalu sebagai pelacur adalah biadab,
menghina dan hilang akal, tegas Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Setiausahanya, Mohd Nasaie
Ismail (gambar) berkata, ungkapan yang terbit daripada Setiausaha
Majlis Ulama Muda Umno, Mohd Radzi Othman @ Abu Amru itu sesuatu yang
tidak boleh diterima oleh mereka yang waras.

Apatah lagi wanita yang hadir dalam perhimpunan itu, jelas beliau
hanya menyuarakan penentangan terhadap keputusan kerajaan
menguatkuasakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Pemuda PAS dengan ini menggesa Pemuda Umno agar bertindak segera
membatalkan cadangan penubuhan Majlis Ulama Muda Umno setelah
setiausaha badan tersebut mengeluarkan kenyataan yang sangat menghina
wanita Islam yang bertudung labuh.

“Ia penting bagi menjaga nama baik agama Islam khususnya nama ulama
yang digunakan oleh mereka,” ujar Nasaie.

Menurut beliau, kenyataan biadab itu diungkap selepas beberapa hari
Naib Ketua Pemuda Umno,  Khairul Azwan mengumumkan penubuhan Majlis
Ulama Umno di bawah Akademi Pemuda Umno.

Walaupun disebut penubuhan tersebut bertujuan untuk membuka ruang
kepada pelajar agama dari luar negara memberi sumbangan kepada Umno,
namun bagi Nasaei, tindakan awal penerajui majlis itu menyamakan
wanita bertudung labuh sebagai pelacur memberi gambaran buruk kepada
organisasi tersebut.

Amender yang susah sangat, pada ana ini adalah mentaliti Pemuda UMNO.
Level dan tahap itu sahaja.

Kenapa mudah sangat mereka nak menyamakan perempuan dengan pelacur.
Sebab deme memang kaki up pelacur. Memang kaki refleksologi. Memang
kaki massage body to body. Memang kaki betina. Bila betina dah macam
murah sangat, senang la deme kata itu pelacur.

Cuba banding kehidupan KP Pas dengan KP UMNO. Jangan banding dengan KP
lah, cuba banding kehidupan Mursyidul Am Pas dengan NKP UMNO. Cuba
banding. Gila jauh beza.

Sebab, mereka ini memang pakar curi harta. Macam-macam benda buat.
Buat muka miskin.

Ana letaklah gambar rumah NKP UMNO yang dikatakan bernilai hampir RM3 juta.

Cuba lu cakap dengan gua, siapa sebenarnya MELACUR? Ko atau? Muslimah Pas?

Advertisements